top of page

Pembiayaan Kewangan Islam - Antara Mitos Dan Realiti



Pembiayaan Kewangan Islam - Antara Mitos Dan Realiti

Walaupun industri kewangan dan perbankan Islam semakin melonjok dari sudut populariti, masih terdapat banyak mitos mengenainya yang dipercayai oleh masyarakat.


Dunia kewangan Islam sedang melalui perkembangan pesat. Produk-produk yang ditawarkan oleh industri ini sedang melonjak dari sudut populariti.



Di antara produk kewangan Islam yang paling mendapat sambutan adalah pembiayaan Islam dan perlindungan Takaful.


Mitos 1: Pembiayaan Islam adalah sama dengan pinjaman konvensional


Secara mudahnya, pembiayaan Islam adalah pembiayaan kewangan yang patuh syariah. Ini bermakna ia bebas daripada unsur yang tidak beretika termasuk riba (kadar faedah berganda yang membebankan), gharar (penipuan), maysir (perjudian) dan zulm (amalan tidak berakhlak).


Mengikut pinjaman kewangan konvensional, pemberi pinjaman akan memberi pinjaman kepada peminjam dan memperoleh keuntungan daripada caj faedah yang dikenakan ke atas jumlah prinsipal.


Ini berbeza dengan perbankan patuh syariah dimana konsep ‘pinjaman’ adalah tidak betul. Sebaliknya, istilah dan terma tepat yang digunakan adalah ‘pembiayaan’. Ini kerana pihak pembiaya akan ‘membeli’ barangan untuk pelanggan dan kemudian menjualnya kepada mereka pada harga yang telah dipersetujui.


Mengikut konsep ini, tidak ada wang yang sebenarnya dipinjamkan kepada pelanggan. Ini menjadikan pembiayaan patuh syariah bebas dari unsur riba (faedah).


Di sebalik lonjakan populariti, masih terdapat banyak mitos yang dipercayai masyarakat mengenai pembiayaan Islam.


Mitos 2: Pembiayaan Islam hanya untuk golongan Muslim


Ini merupakan mitos atau kekeliruan terbesar mengenai pembiayaan Islam. Walaupun ia mematuhi hukum-hukum syariah, ia terbuka kepada semua lapisan masyarakat.


Sebenarnya, sudah semakin ramai golongan non-Muslim memilih untuk menggunakan produk-produk kewangan Islam, termasuklah pembiayaan. Di antara faktor yang memikat mereka termasuklah:


  1. Kewangan Islam lebih adil dan terlindung dari risiko yang keterlaluan

    1. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, pembiayaan patuh syariah  bebas dari unsur ‘gharar’. Walaupun tidak mempunyai definisi yang khusus, gharar adalah sebarang unsur syak, keraguan, ketidaktentuaan, atau ketidak jelasan.

    2. Gharar boleh timbul daripada aspek-aspek berikut:

      1. sama ada sesuatu barangan yang ditransaksikan itu wujud atau tidak

      2. sama ada sesuatu barangan yang ditransaksikan itu mampu diserahkan ataupun tidak

      3. kaedah transaksi itu dilaksanakan secara yang tidak jelas tetapi menarik perhatian sehinggakan mungkin wujud elemen penipuan bagi menarik pihak-pihak untuk bertransaksi

      4. akad atau kontrak yang mendasari sesuatu transaksi itu sendiri sifatnya tidak jelas

    3. Oleh sebab itu, produk yang menepati ciri-ciri kewangan Islam bukan sahaja lebih adil tetapi juga lebih terlindung daripada penipuan dan risiko yang keterlaluan.

  2. Konsep financial inclusion

    1. Selain daripada riba dan gharar,  pembiayaan patuh syariah juga bebas daripada unsur  maysir (perjudian) dan zulm (amalan tidak berakhlak).

    2. Maka, ketiadaan unsur-unsur ini dalam kewangan Islam menjadikannya lebih adil dan mudah untuk digunakan oleh semua lapisan masyarakat, terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah. Inilah konsep yang digelar financial inclusion. Menurut Bank Dunia, financial inclusion dapat membantu mengembangkan ekonomi setempat dan global dengan lebih pesat lagi.


Mitos 3: Pembiayaan Islam lebih menguntungkan kerana tidak perlu bayar faedah


Walaupun tiada unusr riba dalam pembiayaan Islam, masih terdapat caj yang dikenakan iaitu caj perkongsian kadar keuntungan atau profit rate. Jumlah kadar keuntungan yang dikenakan adalah daripada jualan aset (wang pembiayaan) kepada pembeli (pemohon).


Pembiayaan Islam sebenarnya lebih menguntungkan berbanding pinjaman konvensional dari sudut berikut:

  1. Lebih adil dan terlindung dari risiko yang keterlaluan

  2. Konsep financial inclusion

  3. Lebih terlindung dari krisis ekonom

  4. Amaun bayaran yang jelas dan tetap

  5. Caj bayaran lewat yang lebih rendah

  6. Perlindungan Takaful


Biar kami padankan anda dengan pembiayaan peribadi yang sesuai dengan anda!


Dapatkan pembiayaan peribadi yang mudah dan cepat untuk penjawat awam di sini!


As-Sidq adalah platform sehenti untuk mencari, mendapatkan padanan dan membuat permohonan untuk produk-produk kewangan patuh Syariah yang dikeluarkan oleh institusi kewangan seperti bank, koperasi, dan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) atau Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).


Anda hanya perlu isikan borang dalam talian yang mudah dengan keperluan kewangan dan butiran peribadi anda, dan sistem kami akan memadan anda (serta merta) dengan produk- produk yang anda layak memohon.


Dari senarai produk kewangan yang dipadankan, nilaikan butiran produk (seperti anggaran kadar keuntungan) dan pilih produk yang anda ingin memohon. Anda boleh memilih lebih dari satu produk untuk dimohon.


Assidq.com memproses semua butiran dan dokumen peribadi secara automatik dan selamat dan TIDAK mengenakan sebarang yuran. Pembiayaan Peribadi-i Yayasan Kredit Komuniti Juara adalah sebuah pembiayaan patuh Syariah khusus buat penjawat awam. Pendapatan minima untuk memohon hanya RM2,000 sebulan (termasuk elaun). Selain proses yang mudah dan cepat, Pembiayaan Peribadi-I Kredit Komuniti Juara adalah patuh syariah dan anda tidak perlu ragu-ragu untuk memohon pembiayaan ini:


Mohon segera disini!


251 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Yorumlar


bottom of page